Aktiviti harian
11 Ogos 2013 ( Ahad)
7.00 pagi
Hari ini cuti umum. Saya tidak ke sekolah. Namun begitu, saya bangun awal untuk membantu ibu bapa membersihkan kawasan rumah seperti yang dirancang.
8.00 pagi
Saya dan keluarga bergotong-royong membersihkan kawasan rumah. Saya membantu ibu mengelap tingkap, perabot dan menukar langsir baharu. Kakak pula membersihkan lantai dengan pembersih vakum. Bapa mencuci longkang di tepi rumah manakala ibu menukar semua cadar dan sarung bantal untuk dicuci.
12.00 tengah hari
Ibu tidak sempat memasak untuk makan tengah hari. Oleh itu, kami makan di sebuah restoran.
1.00 petang
Saya dan keluarga terus berkunjung ke pameran buku selepas makan. Pameran buku itu diadakan di Dewan Beng Siew. Banyak buku yang dipamerkan seperti buku cerita, novel, buku ilmiah dan sebagainya. Saya telah membeli dua buah buku cerita kegemaran saya.
4.00 petang
Pulang ke rumah. Duduk di sofa sambil membaca buku cerita yang dibeli. Saya berasa terhibur kerana buku cerita itu sangat menarik.
5.00 petang
Kakak mengajak saya bermain badminton di Kelab Laguna Merbok. Kakak saya seorang pemain badminton yang handal. Saya banyak belajar daripada kakak saya.
6.30 petang
Selepas mandi, saya dan kakak membantu ibu menyediakan hidangan makan malam. Kakak menanak nasi. Saya memotong sayur dan bawang dengan berhati-hati. Selain menggoreng sayur, ibu juga memasak kari ayam kegemaran saya.
8.00 malam
Makan malam bersama keluarga. Masakan ibu sedap sekali. Selepas makan, kami bekerjasama mengemas meja dan mencuci pinggan mangkuk.
9.00 malam
Saya dan kakak mengulang kaji pelajaran di bilik bacaan. Saaya meminta tunjuk ajar daripada kakak apabila saya menghadapi masalah dalam pelajaran.
11.00 malam
Mengucapkan selamat malam kepada ibu bapa dan bersedia untuk tidur.
Tahun 5 TMK
Monday 3 August 2015
Faedah menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah
Aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti di luar bilik darjah yang banyak memberi faedah kepada murid-murid. Aktiviti kokurikulum sekolah terdiri daripada sukan dan permainan, persatuan serta unit beruniform.
Murid-murid dapat menambahkan ilmu pengetahuan melalui aktiviti kokurikulum yang disertainya. Sebagai contoh, murid yang menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah berpeluang belajar pertolongan cemas. Ilmu ini dapat dimanfaatkan untuk membantu orang semasa kecemasan.
Di samping itu, murid-murid terikat kepada peraturan-peraturan semasa menyertai aktiviti kokurikulum. Ini membolehkan murid-murid belajar mendisiplinkan diri seperti menepati masa, patuh kepada arahan jurulatih dan sebagainya.
Melalui aktiviti kokurikulum, murid-murid juga dapat memupuk nilai-nilai murni seperti sikap bekerjasama, bertoleransi dan berdikari. Semasa perkhemahan misalnya, murid-murid perlu menjalankan tugas dalam kumpulan. Ini memberi peluang kepada murid-murid bergaul antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama.
Selain itu, murid-murid dapat mengisi masa lapang dengan baik menerusi penyertaan dalam aktiviti kokurikulum . Ini dapat mengelakkan murid-murid terlibat dalam kegiatan yang tidak sihat seperti melepak.
Kesimpulannya, murid-murid digalakkan menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah memandangkan aktiviti-aktiviti ini mendatangkan banyak faedah. Murid-murid juga dapat menggunakan masa selepas waktu sekolah dengan sebaik-baiknya.

Binatang kesayangan saya
Sejak kecil lagi, saya suka bermain dengan binatang kecil .Oleh itu, pada hari jadi saya yang ke-10,ayah saya telah menghadiahi saya seekor anak kucing yang comel.Saya sungguh terharu.
Saya menamakan kucing itu Jojo.Jojo berwarna perang muda.Bulunya lembut, gebu dan cantik.Matanya bulat dan bersinar-sinar. Jojo mempunyai ekor yang pendek.
Oleh sebab Jojo masih kecil,saya hanya memberi susu dan makanan kucing yang dibeli kepadanya.Biasanya pada waktu siang Jojo berehat di dalam kurungannya.Namun begitu,saya tidak mengunci kurungan supaya Jojo dapat bergerak bebas di dalam kawasan rumah. Setiap minggu, saya akan memandikan Jojo supaya tidak berbau busuk.Saya juga akan mencuci kurungannya supaya sentiasa bersih.
Jojo sangat manja dengan saya. Apabila saya pulang dari sekolah,Jojo akan menyambut kepulangan saya di muka pintu.Saya akan mengusap-usap kepalanya. Semasa saya membuat kerja sekolah, Jojo akan menemani saya . Pada masa lapang ,saya akan bermain dengan Jojo. Kadangkala,saya akan membawa Jojo bersiar-siar di taman yang berhampiran dengan rumah saya.
Pada suatu petang, Jojo kelihatan lesu dan tidak bermaya.Saya berasa sungguh risau kerana sebelum ini Jojo tidak pernah berkeadaan demikian.Saya pun meminta ayah membawa Jojo berjumpa doktor haiwan.Doktor haiwan mendapati Jojo dijangkiti kuman. Jojo telah diberi suntikan.Setelah dua hari,baharulah Jojo kelihatan lincah semula. Saya berasa lega.
Kini, hampir dua tahun Jojo bersama saya.Kami sekeluarga sayang akan Jojo.Saya berjanji akan menjaga Jojo dengan baik hingga akhir hayatnya.

aku seekor kucing
Aku seekor kucing. Aku berwarna kelabu. Bulu aku tidaklah gebu seperti kucing peliharaan. Maklumlah aku dilahirkan di sebuah bangsal buruk.
Ibu aku telah meninggal dunia sejak aku masih kecil. Tanpa jagaan dan lindungan ibu, aku terpaksa mencari makanan sendiri.Biasanya aku merayau-rayau di sekitar pasar untuk mendapatkan makanan.
Pada suatu hari, aku singgah di sebuah gerai ikan.Aku mengiau-ngiau untuk mendapatkan belas kasihan.Malang tidak berbau. Aku dipukul oleh penjaja itu. Kepala aku telah cedera. Nasib aku seperti jatuh ditimpa tangga.
Aku sangat lapar.Kepala aku pula sakit. Aku tidak berdaya berjalan lagi. Pada masa itulah aku ditemui seorang budak perempuan yang baik hati.Dia sangat kasihan kepada aku. Dia meminta izin ibunya untuk membawa aku pulang.
Apabila sampai di rumahnya,dia membersihkan badan aku.Dia memanggil aku Si Comel. Beberapa hari kemudian, baharulah aku tahu budak perempuan itu bernama Siti. Siti menjaga aku dengan baik.Setiap hari , dia memberi aku minum susu dan makan ikan. Aku semakin sihat . Bulu aku juga semakin gebu dan cantik.
Setiap hari,aku menunggu kepulangan Siti dari sekolah di muka pintu.Aku sering bermanja dengannya.Pada masa lapang, Siti akan bermain dengan aku. Kadangkala Siti membawa aku ke taman untuk bersiar-siar.Pada waktu malam, aku membantu tuan aku menangkap tikus.
Aku gembira kerana mempunyai tuan yang baik. Aku berharap dapat berkhidmat kepada tuan aku sehingga akhir hayat.

Thursday 30 July 2015
setiap orang mempunyai kawan baik. Begitu juga dengan saya.Nama kawan saya ialah tivakkar tavanesh dan vishu varma
(nama kawan baikmu)berumur 10 tahun. (nama kawan baikmu) sekeluarga tinggal di Taman Kota, Yong Peng. Dia mempunyai dua orang adik. Dia merupakan anak sulung dalam keluarganya.
Bapa (nama kawan baikmu) bekerja sebagai seorang doktor. Setiap hari, bapa (nama kawan baikmu) memandu kereta ke hospital untuk bekerja. Ibu (nama kawan baikmu) pula seorang suri rumah tangga. Dia sibuk membuat kerja rumah.
Pada waktu rehat, saya dan (nama kawan baikmu) bersama-sama pergi ke kantin untuk menikmati makanan. Kami juga suka meminjam buku cerita dari perpustakaan.
Pada masa lapang, (nama kawan baikmu) suka membaca buku cerita dan bermain badminton. Kami selalu bermain badminton di gelanggang badminton yang berhampiran dengan rumah saya. (nama kawan baikmu) bercita-cita untuk menjadi seorang guru. Dia juga belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-citanya.
Saya berasa gembira kerana mempunyai seorang kawan baik seperti (nama kawan baikmu). Saya berharap persahabatan kami akan kekal selama-lamanya.
Sunday 19 July 2015
Simpulan Bahasa
- Abang angkat
Lelaki yang lebih tua daripada seseorang yang tidak mempunyai pertalian keluarga tetapi dianggap sebagai abang sendiri - Abang ipar
Abang kepada isteri atau suami seseorang - Abang kandung
Abang seibu dan sebapa - Abu jahal
Orang yang suka menghalangi usaha yang baik - Abu nawas
Orang yang bijak melepaskan diri - Ada angin
Mempunyai perasaan yang tertentu mengikut keadaan - Ada bakat
Mempunyai kebolehan dalam sesuatu bidang - Ada bukti
Ada tanda atau keterangan tentang sesuatu hal atau peristiwa - Ada hajat
Mempunyai keinginan atau maksud - Ada hati
Mempunyai keinginan lebih daripada keupayaan - Ada jalan
Ada cara untuk melakukan sesuatu - Air muka
Wajah atau rupa seseorang - Ajak-ajak ayam
Tidak sungguh-sungguh mempelawa - Akad nikah
Perjanjian dalam perkahwinan - Akal kancil
Orang yang cerdik dan pandai menipu - Alas cakap
Kata pendahuluan sebelum perundingan atau perbincangan dijalankan - Alas dulang
Wang hadiah yang ditinggalkan dalam dulang - Alas meja
Kain penutup meja - Alas perut
Makan sedikit untuk menghilangkan rasa lapar - Ambil angin
Bersiar-siar - Ambil berat
Memberikan perhatian - Ambil hati
Membuat sesuatu untuk menggembirakan orang lain - Ambil masa
Tidak tergopoh-gopoh; memakan masa - Anak angkat
Anak orang lain yang dianggap / dijadikan seperti anak sendiri - Anak bapa
Anak lelaki kesayangan sesebuah keluarga - Anak beranak
Sekeluarga - Anak buah
Orang yang di bawah jagaan seorang ketua - Anak buangan
Orang yang tersingkir daripada sesebuah keluarga - Anak cucu
Keturunan; zuriat - Anak dara
Gadis yang belum berkahwin - Anak dayung
Orang yang mendayung perahu - Anak emas
Anak kesayangan - Anak haram
Anak luar nikah - Anak kembar
Anak yang dilahirkan bersama-sama daripada satu kandungan - Anak sulung
Anak yang tertua atau pertama - Angin-angin
Khabar yang belum tentu benar salahnya - Angin berkisar
Berpaling tadah - Angin buritan
Angin yang mengikut arah perahu - Angin gila
Kelakuan yang tidak tentu arah - Angin lalu
Khabar yang tidak tentu benar atau salahnya - Angin ribut
Taufan - Angkat alis
Menunjukkan rasa atau tanda hairan - Angkat bahu
Menyatakan tidak tahu - Angkat diri
Sombong - Angkat suara
Meninggikan suara - Angkat sumpah
Bersumpah - Asam garam
Pengalaman hidup - Atas angin
Negara-negara di Timur Tengah dan Eropah - Atas pagar
Tidak menyebelahi mana-mana pihak - Ayam tambatan
Orang harapan dalam sesuatu pertandingan atau perlawanan - Bahasa daerah
Bahasa yang digunakan di daerah tertentu sahaja - Bahasa kesat
Bahasa atau tutur kata yang kasar, kotor, dan menyakitkan hati - Bahasa ibunda
Bahasa sendiri - Bahasa dalam
Bahasa yang digunakan oleh raja-raja - Bangkai bernyawa
Orang yang tidak berguna langsung - Banyak akal
Banyak helah - Banyak lemak
Kelakuan yang mengada-ngada - Banyak mulut
Suka bercakap banyak - Bapa ayam
Lelaki yang berkahwin banyak tetapi tidak menghiraukan anak-anaknya - Barang berkat
Barang yang halal - Barang kemas
Barang-barang berharga yang dipakai oleh kaum wanita, seperti cincin emas, loket berlian, dan sebagainya - Batu api
Orang yang menghasut dua pihak yang lain sehingga bergaduh - Batu loncatan
Sesuatu yang digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan - Bau-bau bacang
Tali persaudaraan yang jauh - Bawa berunding
Diajak bermuafakat - Bawa bermenung
Memikirkan masak-masak - Bawa bersemuka
Bawa bertemu muka; berunding - Bawa hati
Perasaan kecewa - Bawa kaki
Berjalan tanpa hala tujuan - Bawa ke tengah
Bawa ke muka pengadilan - Bawah angin
Negara-negara yang terletak di sebelah timur - Bawah umur
Belum dewasa - Bekas tangan
Hasil buatan sendiri; pukulan - Bengkak perut
Sakit hati - Berani mati
Tidak takut mati - Berat kepala
Sukar menerima pelajaran - Berat lidah
Pendiam - Berat mata
Mengantuk - Berat sebelah
Tidak adil - Berat tulang
Malas bekerja - Berbulan madu
Bersiar-siar ke tempat lain setelah berkahwin - Berganti tikar
Mengahwini kakak atau adik isterinya setelah isterinya meninggal dunia - Beri muka
Memberikan kebebasan atau memanjakan seseorang - Bermain kayu tiga
Melakukan perbuatan yang jahat - Bertegang leher
Bertengkar - Besar hati
Gembira - Besar kepala
Degil - Bidan terjun
Orang yang disuruh membuat sesuatu secara mendadak - Bintang hati
Kekasih - Bodoh alang
Bodoh sedikit - Bodoh sepat
Kelihatan bodoh tetapi sebenarnya cerdik - Bongkok sabut
Bongkok orang tua - Buah fikiran
Pendapat - Buah mulut
Perkara yang menjadi percakapan orang ramai - Buat duit
Melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan keuntungan - Buaya darat
Lelaki yang suka menukar teman wanitanya - Buka mata
Ambil tahu atau sedar - Buruk makan
Gelojoh atau pelahap - Buta huruf
Tidak tahu menulis dan membaca - Cacing kepanasan
Gelisah - Cahaya mata
Anak - Gaji buta
Gaji yang diterima tanpa bekerja - Cakap angin
Percakapan yang belum tentu betul salahnya - Cakar ayam
Tulisan yang buruk - Cakap besar
Mengatakan tahu atau pandai, tetapi sebenarnya tidak pandai - Campur aduk
Bercampur dengan tidak menentu lagi - Campur tangan
Turut serta dalam urusan orang lain - Cangkul angin
Perbuatan yang sia-sia - Cantik molek
Elok rupa paras - Cari akal
Mencari jalan - Cari fasal
Sengaja mencari sebab untuk bergaduh - Cari nama
Berikhtiar atau membuat jasa supaya nama menjadi masyhur - Cencaru makan petang
Permainan yang semakin baik pada akhir pertandingan - Cepat tangan
Orang yang cekap mencari - Cinta monyet
Cinta anak-anak kecil - Curi hati
Melakukan daya penarik untuk memikat hati orang supaya mendatangkan kasih - Curi tulang
Mengelak daripada bekerja semasa waktu kerja - Dakap bantal
Kecewa atau putus harapan - Daki dunia
Harta benda seperti wang, emas, permata, dan lain-lain. - Dalam tangan
Sudah tentu dapat - Dapat bahagian
Menerima pukulan atau denda - Dapat terpijak
Mendapat sesuatu dengan mudah - Darah ikan
Buah yang baru separuh masak; warna yang merah - Darah daging
Anak kandung - Darah muda
Semangat atau perasaan orang muda - Datang hati
Sampai hati atau tergamak - Daya penarik
Mempunyai sesuatu kebolehan atau kuasa yang boleh memikat hati seseorang - Delima merkah
Bibir yang merah - Demam puyuh
Berpura-pura demam - Dendam kesumat
Kebencian yang amat sangat - Diam ubi
Diam orang berakal kerana berfikir - Diam penggali
Diam orang yang bodoh - Dingin kepala
Berfikiran tenang dan sihat - Dua sejoli
Sepasang (kekasih atau suami isteri) - Duit kopi
Bayaran tidak rasmi sebagai sagu hati - Durian runtuh
Keuntungan besar yang diperoleh tanpa bersusah payah - Garam hidup
Pengalaman hidup - Gatal mulut
Suka mencela orang - Gatal tangan
Suka melakukan kerja yang bukan-bukan - Gelap mata
Hilang pertimbangan fikiran; pitam - Geli hati
Rasa hendak ketawa - Gelora hati
Perasaan hati - Genap bulan
Sudah cukup masa (melahirkan anak) - Genggam bara
Membuat sesuatu pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh - Gerak hati
Rasa yang lahir dari dalam hati - Gerhana matahari
Dalam kesusahan - Gila babi
Sejenis penyakit sawan - Gila bahasa
Kurang waras fikiran - Gila bayang
Mencintai seseorang tetapi tidak mendapat balasan - Gila harta
Mementingkan atau mengejar harta dunia - Gila pangkat
Orang yang selalu mengejar pangkat - Golok kayu
Orang yang bodoh tetapi berlagak seperti orang yang pandai - Gulung tikar
Berhenti membuat sesuatu pekerjaan kerana kerugian - Habis akal
Tidak tahu apa yang harus dilakukan lagi - Halwa telinga
Sesuatu yang menyedapkan pendengaran - Hampa tangan
Tidak membawa atau mendapat apa-apa - Hancur hati
Sedih - Hanyut diri
Sesat langkah - Harga diri
Kehormatan diri; maruah - Harga pokok
Harga asal sesuatu barang - Harga mati
Harga yang tetap dan tidak boleh ditawar lagi - Hati batu
Tidak menaruh belas kasihan - Hati emas
Baik hati - Hati tikus
Penakut - Hentam keromo
Memukul atau mengkritik tanpa usul periksa - Hidung belang
Lelaki yang suka mengganggu perempuan - Hidung tinggi
Sombong atau bongkak - Hilang akal
Tidak tahu apa yang harus dibuat lagi; agak kurang waras - Hisap darah
Mengambil keuntungan yang berlebihan - Hisap jari
Menunjukkan kekecewaan - Hitam manis
Orang yang berkulit agak gelap tetapi cantik dipandang - Hujan panas
Hujan tetapi matahari kelihatan bersinar - Ibu angkat
Wanita yang dianggap seperti ibu sendiri oleh orang lain - Ibu ayam
Perempuan yang memperdagangkan pelacur - Ibu kandung
Ibu sendiri - Ibu pertiwi
Tanah tempat tumpah darah - Idah gelap
Pemberian tanda cinta tanpa bercadang untuk berkahwin - Ikat perut
Menahan lapar kerana hendak berjimat - Ikut telunjuk
Mengikut segala perintah orang - Iri hati
Cemburu - Isi rumah
Keluarga atau penghuni sesebuah rumah - Jadi umang-umang
Suka memakai pakaian orang lain - Jaga mulut
Berhati-hati dalam percakapan - Jalan buntu
Tidak mendapat sebarang kata sepakat atau penyelesaian - Janda berhias
Perempuan yang kematian suami dan belum disentuh oleh suaminya - Jantung hati
Orang yang amat dicintai - Jatuh hati
Jatuh cinta - Jauh hati
Tersinggung atau merajuk - Jejak-jejak bara
Hampir tercecah ke tanah - Jinak-jinak merpati
Perempuan yang pada lahirnya mudah dipikat tetapi sebenarnya tidak semudah yang disangkakan - Jiwa besar
Mempunyai cita-cita yang tinggi dan mulia - Kaki ayam
Tidak memakai kasut - Kaki bola
Orang yang sangat suka bermain atau menonton perlawanan bola sepak - Kaki borak
Orang yang sangat suka berbual - Kaki judi
Orang yang suka berjudi - Kaki botol
Peminum arak - Kacang hantu
Orang yang jahat - Kaki lima
Kawasan laluan di hadapan kedai - Kecil hati
Tersinggung - Kepala angin
Orang yang mudah berubah perangainya - Kepala batu
Tidak mahu mendengar nasihat - Kera sumbang
Orang yang selalu mengasingkan diri daripada orang lain - Kerang busuk
Tersengih-sengih dengan tidak menentu - Keras kepala
Tidak mahu mengalah; degil - Kerja tangan
Hasil kerja yang dibuat dengan tangan - Kering darah
Terperanjat - Ketam batu
Kedekut - Khabar angin
Berita yang belum tentu sah kebenarannya - Kucing kurap
Orang yang sangat hina dalam masyarakat - Kuku besi
Memerintah dengan zalim - Kutu embun
Orang yang suka berfoya-foya hingga larut malam - Lancang mulut
Mudah mengeluarkan perkataan yang boleh menyakiti hati orang lain - Langkah bendul
Adik perempuan berkahwin dahulu daripada kakaknya - Langkah kanan
Untung - Langkah kiri
Malang - Langkah seribu
Cabut lari - Lari anak
Berlari dengan langkah yang pendek; berlari perlahan - Lebai malang
Orang yang selalu malang - Lemah semangat
Orang yang mudah terperanjat - Lepas tangan
Tidak masuk campur dalam sesuatu hal - Lidah biawak
Percakapan yang selalu berubah-ubah - Lidah beracun
Kata-kata yang menyakitkan hati - Lintah darat
Orang yang sering mahu akan keuntungan yang tinggi - Lipas kudung
Membuat kerja dengan cepat - Loyar buruk
Orang yang membangkang sebab mencari kemenangan - Lupa daratan
Lupa diri atau lupa akan asal usul - Mabuk cendawan
Jatuh cinta - Mahkota hati
Kekasih - Makan angin
Pergi bercuti - Makan gaji
Bekerja untuk mendapatkan upah - Makan hati
Bersedih kerana perbuatan orang lain - Makan suap
Menerima rasuah - Malu-malu kucing
Pura-pura malu - Mandi darah
Berlumuran darah - Mandi kerbau
Mandi dengan tidak bergosok dan bersabun - Masin lidah
Terbukti benar atau berlaku apa-apa yang diucapkan oleh seseorang - Masuk jawi
Bersunat atau berkhatan - Mata duitan
Terlalu tamak akan wang - Mata keranjang
Lelaki yang suka melihat perempuan cantik - Mati celik
Mati sebelum tercapai hajat atau cita-cita - Mati katak
Kematian yang sia-sia - Mengadu untung
Mencari rezeki - Menjolok mata
Perbuatan yang keterlaluan - Muka dua
Orang yang menyebelahi kedua-dua belah pihak - Muka tebal
Tidak tahu malu - Mulut manis
Lemah lembut tutur kata - Mulut murai
Orang yang becok - Nafsu makan
Keinginan untuk makan (kemaruk) - Naik angin
Meradang - Naik kepala
Mengada-ngada - Naik pelamin
Berkahwin - Naik saksi
Menjadi saksi - Nipis telinga
Lekas marah - Nyawa-nyawa ikan
Hampir mati - Orang atas
Orang yang berpangkat besar - Orang bawah
Orang yang berpangkat rendah; orang biasa - Otak cair
Orang yang pantas berfikir dan bijak - Orang gaji
Orang yang diberi upah kerana bekerja di rumah - Orang harapan
Orang yang dipercayai - Orang rumah
Isteri - Otak udang
Bodoh - Panas hati
Marah dalam hati - Panjang akal
Cerdik - Panjang tangan
Suka mencuri - Panjang umur
Hidup sangat lama - Pasang badan
Berhias diri - Pasang telinga
Mendengar dengan teliti - Pasar gelap
Menjual barang-barang tanpa mengikut undang-undang - Patah hati
Kecewa - Patung bernyawa
Hidup tanpa cita-cita - Payung mahkota
Raja yang memerintah - Pecah tembelang
Terbuka rahsia - Pekak badak
Betul-betul pekak; pura-pura tidak dengar - Perang dingin
Perang yang belum menggunakan senjata - Perang mulut
Bergaduh dengan menggunakan kata-kata yang kasar - Pilih kasih
Berat sebelah - Pisau cukur
Perempuan yang suka menghabiskan wang lelaki - Puteri lilin
Gadis yang tidak tahan panas - Putih hati
Jujur - Putih tulang
Lebih baik mati - Rabun ayam
Kurang jelas atau kurang terang penglihatannya - Raja sehari
Pengantin baharu - Rambang mata
Sukar untuk memilih kerana semuanya cantik - Retak tangan
Nasib badan - Ringan mulut
Peramah; suka bercakap-cakap - Ringan tangan
Suka mencuri; suka menolong - Ringan tulang
Rajin bekerja - Rosak nama
Hilang kehormatan - Sakit hati
Berasa marah atau tersinggung kerana dihina atau ditipu - Sampai hati
Tergamak atau tidak menaruh belas kasihan - Sejuk hati
Tenang - Senapang bambu
Orang yang nampaknya berbahaya tetapi sebenarnya tidak - Senyum kambing
Senyum mengejek - Serkap jarang
Menuduh tanpa usul periksa - Setengah masak
Belum sempurna - Tabir besi
Negara-negara blok Rusia - Tahi judi
Orang yang suka berjudi - Tajam akal
Pintar - Tajam mulut
Suka mengeluarkan kata-kata yang pedas - Talak tiga
Penceraian yang tidak boleh dirujuk lagi - Tanda mata
Hadiah sebagai ingatan - Tangan terbuka
Murah hati atau suka menolong - Tangkai jering
Orang yang sangat kedekut - Tangkap basah
Ditangkap semasa lelaki dan perempuan yang bukan muhrim berdua-duaan di tempat yang sunyi dan terlindung - Telinga kuali
Orang yang tahan hati walaupun dihina dan dicerca - Telinga lintah
Tajam pendengaran - Terang hati
Mudah mengerti - Terbit keringat
Malu atau segan; bekerja bertungkus lumus - Tiang kampung
Orang yang tertua di sesebuah kampung - Tidur ayam
Tidur yang tidak nyenyak - Tin kosong
Orang yang tidak berpelajaran tetapi bercakap besar - Tipis harapan
Harapan yang sedikit untuk memperoleh sesuatu - Tua keladi
Orang tua yang berkelakuan seperti orang muda - Tulang belakang
Orang yang menjadi tunjang kekuatan atau harapan - Ubat basah
Berita yang tidak dipercayai orang - Ukur jalan
Orang yang tidak mempunyai pekerjaan selain berjalan-jalan sahaja tanpa tujuan - Undi sulit
Mengundi dengan tidak diketahui oleh orang lain - Untung batu
Nasib malang - Urut dada
Menahan perasaan - Wang buta
Wang upah yang diberi kepada orang yang sudah bersara - Wang hangus
Wang yang diberi oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan untuk perbelanjaan kahwin - Wang sogok
Wang suap atau rasuah - Yatim piatu
Orang yang tidak mempunyai ayah dan ibu - Zaman atom
Zaman yang penuh dengan kemajuan - Zaman batu
Zaman dahulu kala
CARA MENJAGA KESIHATAN
Kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai.Sudah semestinya setiap individu menginginkan tahap kesihatan yang baik buat diri masing-masing.Namun begitu,pelbagai penyakit kini semakin berleluasa malah ada yang menyebabkan kematian.Keadaan ini tidak seharusnya dipandang remeh dan sebaliknya perlulah dianggap serius dan disusuli dengan langkah yang efektif.
Antara langkah yang boleh diambil dalam usaha menjalani kehidupan yang sihat termasuklah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang.Pemakanan yang seimbang mestilah berpandukan kepada piramid makanan.Kita disarankan supaya mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang berperanan membekalkan pelbagai jenis mineral dan vitamin kepada tubuh badan kita.Di samping itu,kita mestilah mengurangkan makanan yang berlemak supaya tidak mendapat penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung.
Selain itu,kita mestilah mengamalkan amalan bersukan dan bersenam.Seseorang individu mestilah menjalankan aktiviti fizikal seperti bersenam sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu dan 20 minit bagi setiap sesi.Hal ini demikian kerana bersenam akan dapat menyihatkan tubuh badan di samping meningkatkan tahap kecergasan fizikal.
Tambahan pula,kita mestilah menjalani pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun.Hal ini bertujuan untuk memastikan tubuh badan berada dalam keadaan yang baik tanpa sebarang penyakit.Pemeriksaan kesihatan mestilah kerap dilakukan supaya dapat memulakan rawatan dari peringkat awal sekiranya didapati menghidap sebarang penyakit.
Di samping itu,setiap individu mestilah mendapatkan tidur dan rehat yang cukup.Dalam kesibukan menjalani aktiviti harian,keperluan tubuh badan tidak wajar diabaikan.Tubuh badan kita memerlukan rehat yang secukupnya untuk terus berfungsi dengan baik.Tanpa rehat yang secukupnya,tubuh badan akan menjadi letih dan lesu sekaligus menyebabkan semua aktiviti tergendala.Oleh itu,rehat dan tidur yang cukup amat diperlukan.
Akhir sekali,kita mestilah menjaga kesihatan dengan baik sejak peringkat awal lagi.Sesungguhnya,kesihatan adalah anugerah Tuhan yang perlu dihargai.Oleh itu, kita bertanggungjawab memelihara kebaikan yang telah dikurniakan kepada kita.Jangan nanti terhantuk baru terngadah kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

Subscribe to:
Posts (Atom)