Thursday 2 July 2015


ibu saya


Semua orang mempunyai ibu. Begitu dengan saya. Nama ibu saya ialah Puan Chitra Devi. Beliau umur 45 tahun ibu saya seorang yang sederhana, selalu berbaju kurung dan bertudung. Bagi saya, ibu adalah wanita yang cantik, bersopan-santun , dan periang. Ibu saya bekerja sebagai guru. Beliau berkelulusan Maktab Perguruan Keningau dan mengajar di Sekolah Kebangsaan Mangkapon Pitas.

Sebagai seorang ibu yang bekerjaya, kehidupan seharian ibu amat sibuk. Pada setiap pagi, ibu akan bangun awal untuk menyiapkan sarapan dan memasak untuk makan tengah hari nanti. Selepas bersarapan, saya dan ibu akan pergi ke sekolah bersama-sama. Pada waktu tengah hari, ibu akan menjemput saya di sekolah. Kemudian, kami akan makan bersama-sama. Pada waktu petang pula, ibu akan menghantar saya ke sekolah agama.
Pada hari minggu, ibu akan memasak lauk-pauk kegemaran kami sekeluarga. Selain itu, ibu saya pandai menjahit dan selalu menjahit pakaian saya. Ibu sentiasa meluangkan masa untuk membaca bersama-sama kami. Kami juga akan menonton televisyen bersama-sama. 
Saya sayang akan  ibu dan berasa sangat gembira apabila melihat ibu tersenyum. Saya berjanji akan belajar bersungguh-sunggah dan akan sentiasa membuatkan ibu gembira. Saya doakan semoga ibu berbahagia selalu. 

2 comments: